5 CAMPSITE UNTUK KORANG PERGI UNTUK DEKAT DENGAN NATURE

5 CAMPSITE UNTUK KORANG PERGI UNTUK DEKAT DENGAN NATURE

There’s No WiFi In The Mountains But You Will Find No Better Connections

Tak lama lagi kita akan sambut Deepavali. Indirectly, kita juga akan dapat long weekend. Korang dah ada plan ke nak buat apa nanti? Kalau tak ada, apa kata kita bercuti dan release tension dengan camping? Sekarang ni memang trend orang pergi camping dan dah ada banyak camping site dengan view yang cantik-cantik.

Kali ni kami dah listkan camping site yang berbaloi untuk korang pergi dan explore nature.

1. Hammocks By The River, Hulu Langat

Untuk yang tinggal di KL/Selangor, kami rasa tempat ni sesuai sangat sebab tak perlu nak travel jauh-jauh. Nama tempat pun ada perkataan hammock, jadi korang memang boleh expect ada hammock dekat sini. Off je phone tu dan layan bunyi cengkerik dan serangga. Ada banyak package yang korang boleh pilih, dari camping khemah biashe-biashe ke glamping. Tempat ni jugak pets friendly jadi bawak la jugak pet sekali masa camping. 

2. Cozy Leisure Farm, Cameron Highlands

Dah nama pun camping dekat Cameron Highland, confirm lah sejuk gila. Jadi pack baju-baju yang bersesuaian tau. Camping site ni mengadap Bertam Valley, so korang dapatlah tengok view yang lawa. 

3. TWCampstay, Kuala Terengganu

Di sini, korang camping tepi laut. Best kan? Campsite ni takde lah teratur so korang carilah tempat pacak khemah. Pada pendapat kami, kalau khemah bersepah ni baru namanya camping kan? Camping dengan bunyi ombak memang syahdu beb.

4. Draco Nature Camp, Tapah

Okay, yang ni memang kami punya favorite. Campsite ni tepi sungai dan air sungai dia sangat lah jernih, sejuk dan cantik! Kalau korang datang sini, korang boleh jugak join educational hike. Macam-macam serangga yang korang boleh jumpa masa hiking tu. Yang kami rasa paling mahal ialah sini antara tempat yang langit cerah untuk korang tengok bintang. Memang layan habis!

5. Tanjung Hills, Janda Baik

Kalau cerita pasal camping, tak sah kalau takde Janda Baik, Campsite ni terletak kira-kira 100m je dari kaki Gunung Nuang. Facilities dekat sini kira complete la, ada toilet, unggun api dan plug points. Sesuai la untuk beginner sebelum korang try camping yang lebih extreme.

Dapat tak idea nak camping ke mana cuti nanti? Cuma nak pesan, jaga diri baik-baik dan sebelum ke mana-mana make sure time monsoon ke tidak dan sesuai tak buat aktiviti dekat luar especially yang melibatkan sungai dan laut ni. Selamat bergembira korang!

Leave a Reply

Your email address will not be published.