
” Give your kids adventures, not things. Have stories to tell, not stuff to show “
Tak lama lagi, cuti hujung tahun akan tiba. Mesti dah ramai yang plan nak pegi holiday kan? Tapi, kitorang tahu ada jugak yang nervous nak bawak anak fly for the first time. Takut-takut ganggu penumpang lain bila diorang meragam. Budak-budak ni kadang-kadang memang tak boleh bawak bincang. So, kalini kami nak share apa yang parents boleh buat dan prepare sebelum fly dengan anak-anak kecil supaya takdelah kita jadi singa.
1. Rancang Masa Penerbangan

Kalau kita pilih naik flight, kita kena ambil kira flight delay dan masa menunggu next flight kalau kita transit di mana-mana. Kita je yang kenal anak kita kan? Jadi, cuba rancang masa ikut mood anak. Contohnya kalau anak meragam lepas makan lunch, flight lepas lunch wajib kita elakkan. Dan kalau diorang meragam kalau tak cukup tidur, jangan pulak kita book first flight of the day. Kita boleh try plan untuk gerak masa diorang tengah segar dan mungkin sebelum nap tengahari.
2. Buku Aktiviti/Busy Book

Long flight ni memang bosan. Kita yang dah tua ni pun boleh bosan, budak apatah lagi. Untuk bagi anak-anak tak bosan, parents boleh la bagi diorang activity/busy book. Banyak je jual di aplikasi online sekarang. Kalau dah tak sempat beli, boleh DIY je. Print sendiri aktiviti, bawak lah sticky notes, marker atau ice cream stick yang korang boleh beli dekat Mr. DIY atau kedai ECO. Be creative parents!
3. Seat Asing

Kanak-kanak bawah 2 years old tak perlu seat sendiri dan boleh duduk atas pangkuan kita. Tapi percayalah wahai parents, kalau perjalanan tu lama, diorang pun tak selesa. Kalau korang ada budget lebih, belikan seat asing untuk anak-anak. Diorang nak buat aktiviti pun lebih selesa.
4. Makanan/Snack

Parents boleh jugak bawak snacks/jajan atau makanan. Tapi pilih la yang non-messy macam kacang, roti dan buah-buah supaya senang korang nak clean up.
5. Gadget

Ye, faham. Gadget memang tak patut dibiaskan untuk budak-budak. Tapi kalau ini dapat entertain anak-anak tanpa diorang perlu jalan sana sini, ini akan memudahkan parents. Korang boleh download apps yang sesuai dengan anak-anak. Tapi jangan lah pulak full blast volume gadget tu, memang kena jelingan maut lah dari penumpang sebelah.
Semoga tips dan perkongsian ini akan memberi sedikit idea kepada ibu bapa jika merancang untuk menaiki kapal terbang bersama anak kecik. Yang paling penting, ibu bapa ni jangan stress tau, nanti ganggu mood untuk bercuti. Happy holiday!
![[Travelog] SEOUL KOREA MUSIM BUNGA 2018](https://v1.traveltreasure.com.my/wp-content/uploads/2019/05/img_3924-500x500.jpg)
