CARA NAK TRAVEL DENGAN CONFIDENT MASA PERIOD

Life Is A Trip, Travelling Is Living Twice

Post kali ni memang di khas kan untuk geng travel kami yang perempuan. Kita as perempuan ni kadang-kadang rasa susah nak travel especially masa kita period. Tak kisahlah macam mana kita dah plan baik punya, kadang-kadang ehhhh… period pulak. Tapi jangan susah hati dan hilang mood, kami ada #TipsTravelTreasure untuk korang travel dengan confident nya walaupun tengah period.

Tips Travel Semasa Period

Track Period

Sekarang dah ada macam-macam apps untuk korang track period. Once korang dah tau bila nak period, boleh la cuba plan aktiviti yang ringan-ringan je seperti melawat muzium atau jalan-jalan kat taman instead of pegi hiking atau diving.

Pil Perancang

Yang ni korang dapatkan nasihat doktor dulu pil apa yang boleh dan macam mana nak consume. Ada pil perancang yang akan buatkan korang tak  period langsung bulan tu. Jadi ni adalah advantage kalau korang jenis ada period pain dan cramp yang sangat severe. Ini juga menyenangkan korang nak buat aktiviti extreme.

Period Kit

Period kit ni sangat penting ya walaupun korang dah plan date travel tu di luar date period tapi in case of emergency, korang still kena pack. Pack sanitary product yang korang dah biasa.Jangan nak cuba-cuba yang baru takut-takut korang alergik dengan produk baru tu. Dalam period kit tu, korang boleh include tisu basah, ubat tahan sakit dan extra seluar dalam.

Pil Tahan Sakit

Kalau korang ada period pain dan cramp yang sangat teruk especially hari pertama dan kedua tu, korang boleh bawa pil tahan sakit untuk memudahkan korang untuk menjalankan aktiviti nanti. Selain tu korang boleh jugak bawak heating pad untuk melegakan cramp.

Contoh Period Packing Checklist

  1. Sanitary product yang sesuai dengan korang.
  2. Baju yang selesa.
  3. Heating pad.
  4. Ubat tahan sakit (jika perlu)
  5. Pil perancang (jika ambil dan wajib jumpa doctor dulu)
  6. Seluar dalam extra. Bawa banyak ya
  7. Tisu basah dan tisu biasa
  8. Disposable bags
  9. Favourite snack atau chocolate yang korang suka

Kalau Dalam Flight Macam Mana? Okay Bestie, Don't Panic.

Kalau long distance memang sangat lah tak selesa kan. Tapi hopefully tips yang kami listkan ni akan dapat tolong korang.

  1. Pilih aisle seat. Ye paham korang nak dekat window tapi kalau korang duduk belah dalam, sangat susah korang nak keluar masuk untuk pergi toilet nanti.
  2. Minum air banyak-banyak.
  3. Letak period kit di carry on bag korang. Paling senang letak di tempat yang senag capai supaya mudah nanti nak tukar apa yang patut.
  4. Pakai baju yang selesa.
  5. Ingat tukar pad/tampon setiap 4-5 jam.
  6. Cuba untuk tidur.

Jangan biarkan period stop kan impian kita untuk travel. Teruskan terbang bestie! Selamat bercuti. Till next post. Bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published.