
Travel Is Recess And We Need It
Travel ialah satu benda yang adventurous dalam hidup; kita dapat kenal orang dan explore tempat-tempat yang baru. Untuk sesetengah orang travel ni buat dia kenal diri sendiri. Tapi kita kena ingat setiap adventure datang dengan risiko masing-masing dan kami ada beberapa advice untuk korang ikut atau consider kalau korang nak ada good time nanti. So, ni beberapa benda yang korang patut avoid bila travel.
1. Bergantung 100% Pada Bahasa Inggeris

Walaupun Bahasa Inggeris tu dikira bahasa antarabangsa, tapi kita kena ingat yang masih ada orang tak boleh cakap dan faham Bahasa Inggeris. So, bila korang travel, boleh la belajar bahasa local yang simple-simple untuk memudahkan korang dan juga untuk tunjuk korang hormat dan sensitive dengan budaya setempat.
2. Tak Ada Plan B

Biasakan diri untuk ada Plan B. Mana la tau bila hari korang travel tu, laluan trekking yang korang dah rancang nak lalu ada masalah atau ada public holiday yang menyebabkan tempat yang korang nak visit semua tutup. Dengan adanya Plan B, takdelah korang buang masa tak tahu nak buat apa bila unexpected things ni jadi.
3. Tak Ambil Tahu Budaya Setempat

Ni penting ya. Jangan nak bagi alasan yang korang tak tahu budaya tempatan tempat yang korang nak pergi tu. Korang kena tahu yang basic macam mana budaya diorang untuk mengelakkan korang in trouble sebab ada sesetengah tempat kalau korang tak follow cara diorang berpakaian, korang akan kena tangkap. Jangan sombong dan belajar serba sedikit pasal budaya diorang okay?
4. Ikut Guidebook Je

Tak dinafikan guidebook ni memang sangat-sangat membantu bila nak travel. Tapi, ada masa-masa korang tak perlu nak terlalu bergantung kepada guidebook sebab kalau korang bergantung pada guidebook, korang takkan dapat explore benda-benda baru dan dapat experience yang lebih valuable.
5. Guna Kapal Terbang Untuk Semua Destinasi

Of course naik kapal terbang memang la cepat untuk korang sampai ke destinasi tetapi bila korang naik kapal terbang, korang akan terlepas scenery yang cantik-cantik. Jadi, kami cadangkan korang boleh la try naik keretapi, bas atau apa-apa pengangkutan awam yang lain. Korang mungkin tak dapat cover banyak tempat sebab pengangkutan awam ni lambat kan, tapi korang akan lebih appreciate journey korang tu. Geng #TravelTreasure akan dapat rasa experience naik keretapi dalam trip yang diorang join.
6. Tak Bawa Cash

Sekarang memang zaman cashless tapi korang kena ingat yang ada negara masih prefer untuk korang bayar dengan cash. So, lebih baik korang prepare cash yang cukup untuk digunakan sehari sebelum korang mulakan exploration korang. Cash ni pulak jangan letak setempat je tau, letak lah di merata-rata di badan korang untuk elakkan penyeluk saku. Selain tu, cash ni boleh jadi penyelamat kalau card korang decline.
Bila di tempat orang, benda yang paling penting ialah jangan sombong-sombong dan buat macam tempat tu kita punya. Be humble, make friends along the way dan create beautiful memories.
Jumpa lagi dalam blog post next week!
![[Travelog] SEOUL KOREA MUSIM BUNGA 2018](https://v1.traveltreasure.com.my/wp-content/uploads/2019/05/img_3924-500x500.jpg)
